LATIHAN INDUSTRI PROGRAM TEKNOLOGI BIOINDUSTRI (SBT)

Pada semester akhir, para pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama empat bulan di industri terpilih. Seramai 58 orang pelajar program SBT telah menjalani latihan industri pada bulan Februari  sehingga Jun tahun ini di industri seluruh negara, antaranya seperti Top glove, UW Healthcare Sdn Bhd., Unigra Food Processing Asia Pacific Sdn Bhd., Zuellig Pharma Sdn Bhd, SM Pharmaceuticals Sdn. Bhd., COCA-COLA Company dan lain-lain. Para pelajar program SBT berpeluang untuk menjalani latihan industri di pelbagai sektor Industri seperti Industri Bioteknologi, Industri Makanan, Industri Pembuatan, Industri Farmaseutikal & Nutraseutikal, Penyelidikan dan lain-lain. Majoriti industri pilihan pelajar ini memberikan maklum balas yang baik terhadap pelajar program SBT sepanjang menjalani latihan industri. Industri seperti Topglove dan UW Healthcare Sdn Bhd antara industri yang mengambil ramai pelajar program SBT untuk menjalani latihan industri di syarikat mereka dan telah menawarkan tempat pekerjaan kepada beberapa pelajar program SBT setelah mereka selesai latihan industri ini.